KESERASIAN pasangan hero dan heroin drama Hati Perempuan telah membuatkan peminat mendambakan pasangan ini turut bercinta di alam realiti.
Namun pelakon wanita utamanya, Mia Ahmad menafikan khabar angin bahawa dia kini sedang bercinta dengan Syarul Ridzwan seperti diheboh-hebohkan peminat mereka.
“Mereka yang pantas mengatakan kami bercinta itu tak tahu apa-apa pun sebenarnya. Mereka hanya cakap berdasarkan apa yang dilihat termasuklah melalui gambar yang dimuat naik kami di laman Instagram selain komitmen yang ditunjukkan di dalam lakonan di kaca TV.
“Saya tak pasti dari mana cerita ini datang kerana ia kali pertama didengari saya. Yang pasti kerjaya seni saya baharu sahaja bermula dan tak semudah itu saya akan mempersiakannya,” kata Mia, memetiklaporan sebuah akhbar harian.
Rasanya mungkin disebabkan chemistry yang kuat di antara mereka menyebabkan peminat cukup teruja sekiranya benar pasangan ini memang betul-betul bercinta di luar set.
Kiranya lakonan dorang dalam drama tu memang menjadilah sampai peminat pun nakkenen-kenen kan tu.. tak gitu?– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment