"SAYA SANGAT GEMBIRA NILAI RINGGIT JATUH" - NAZRI AZIZ

KUALA LUMPUR: Dengan keadaan nilai ringgit yang dilihat semakin merosot berbanding matawang utama dunia bukanlah sesuatu kegusaran sebaliknya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata dia adalah antara orang yang paling gembira nilai ringgit jatuh.

Ini kerana apabila nilai matawang kita jatuh, pelancong-pelancong dari negara besar seperti United Kingdom dan Eropah akan semakin ramai datang berbelanja ke Malaysia kerana nilai tukaran matawang yang tinggi.

“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh.” 

"Pelancong-pelancong ini akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia," katanya di lobi Parlimen semalam.

Beliau juga menyatakan dengan kejatuhan nilai ringgit menyebabkan rakyat Malaysia sendiri akan berfikir panjang untuk melancong ke luar negara seperti UK.

“Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira,” katanya.

Beliau juga menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan nanti.

Ringgit menyaksikan kejatuhan paling teruk dalam masa sembilan tahun apabila ia ditutup pada paras paling rendah berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.

Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 berbading USD1 dan berbanding dengan matawang Singapura $S1 bersamaan RM2.757/761.ketika ditutup pada Jumaat lepas. - Siakapkeli.my

Post a Comment