"BERHENTI HENTAM TUN MAHATHIR !" - MUHYIDDIN

sumber gambar: suarasabah
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya berhenti menghentam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Muhyiddin, tindakan sedemikian hanya mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.

“Lagi anda hentam lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh,” kata Muhyiddin semasa ucapan penggulungan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

“Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea,” ujar Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Tambahnya, Tun Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib.

“Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib…pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein).”

“Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau,” kata Muhyiddin.kredit

Post a Comment