DUA MAUT KERETA TERHUMBAN DALAM GAUNG

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas lalu memasuki gaung di Jalan Tebing Runtuh, Nusajaya semalam.

Mangsa adalah N. Kathiravan, 21 sebagai pemandu kereta tersebut, manakala rakannya dikenali sebagai B. Mogan, 23.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, DSP Ismail Dollah berkata kedua-dua mangsa dipercayai meninggal lebih 24 jam, sebelum ditemui oleh orang ramai pada jam 4.35 petang semalam.

Kedua-duanya dikatakan datang dari arah Gelang Patah menuju ke Johor Bahru. -Sumber

Post a Comment