SIASATAN KES ADIK ALMY NADIA YANG DIPUKUL SENIOR MULA DIJALANKAN!!!!

GEORGE TOWN: Selepas pelakon Almy Nadia meluahkan rasa berang terhadap sekumpulan pelajar senior yang memukul adik lelakinya di sebuah sekolah berasrama penuh di Pulau Pinang, polis kini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid memberitahu pihaknya memulakan siasatan selepas menerima laporan daripada ibu mangsa.

"Kes itu berlaku di asrama sekolah berkenaan pada Rabu malam selepas mangsa dan rakan-rakannya yang baru balik membeli makanan berikutan lapar dimarahi sekumpulan pelajar Tingkatan Lima.

"Pelajar-pelajar Tingkatan Satu berkenaan mendakwa selain dimarah kerana keluar daripada asrama tanpa kebenaran, mereka turut dipukul sehingga lebam di beberapa bahagian badan," katanya dipetik mStar hari ini.

Polis kini mendapatkan laporan kesihatan 17 pelajar yang dipercayai dipukul dan akan mengenalpasti pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian untuk direkodkan keterangan.
"Berdasarkan siasatan awal, empat pelajar senior yang tinggal di asrama berkenaan dipercayai terlibat dalam kejadian pukul itu," katanya lagi.

Sebelum ini pelakon Almy Nadia memuatnaik satu posting di laman Instagramnya yang mendakwa adik lelakinya dipukul oleh pelajar-pelajar senior di sebuah sekolah berasrama di Jalan Masjid Negeri pada Rabu lalu.

Dikatakan kejadian itu berlaku selepas adiknya dan 16 lagi rakan keluar dari kawasan asrama untuk mencari makanan pada waktu malam.
Almy mendakwa adiknya dipukul oleh empat pelajar senior, manakala rakan-rakan yang lain dipukul oleh seorang pelajar senior. -Sumber

Post a Comment