ENGGAN LAKUKAN HUBUNGAN S3KS DENGAN MILITAN IS,19 WANITA DIBUNUH!!!

BAGHDAD — Marah kerana menolak untuk melakukan perset-ubuhan dengan beberapa anggota militan IS, sejumlah 19 wanita dihukum bunuh atas dakwaan enggan mengadakan hubungan s3ks bersama jemaah lelaki.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai Kurdish tempatan, Said Mimousini kepada stesen televisyen Iraqi News, yang mendakwa anggota IS telah bertindak kejam tanpa belas kasihan membunuh kumpulan wanita terbabit.

Dia menjelaskan, mangsa terbabit dipercayai dikurung terlebih dahulu di ‘ibu kota’ IS di Iraq iaitu Mosul yang terletak agak jauh ke utara Baghdad sebelum mereka dihukum mati tanpa perbicaraan sejak beberapa hari lalu.

“Pelaksanaan hukuman mati itu dijatuhkan setelah wanita berkenaan menolak berhubungan s3ks dengan anggota IS,” ujar Said yang juga adalah jurucakap Parti Demokratik Kurdish ketika ditemuramah stesen tempatan tersebut.

Lebih teruk dia menjelaskan, ramai anggota IS dari pelbagai negara sempat berselisih faham akibat berebutkan ramai perempuan tawanan itu untuk disetubuhi selepas penat berjuang sengit di medan pertempuran.
IS kata Said, didakwa mengurung ribuan wanita yang mereka tangkap dari pelbagai kampung tempatan yang mereka tawan sebelum perempuan terbabit dijual atau dihadiahkan kepada anggotanya sebagai ganjaran insentif

Sebahagian besar tebusan wanita itu dalam usia 20-an, daripada etnik minoriti Yazidi, kelompok masyarakat asli yang tinggal di pedalaman wilayah utara Iraq dan masih lagi hidup dengan kepercayaan agama kuno.

Seorang utusan khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Zainab Bangura, yang pernah berkunjung ke Iraq menyatakan bahawa IS sanggup berjual beli perempuan seumpama mereka berniaga bahan bakar minyak mentah.

Seorang perempuan boleh didagangkan enam lelaki berbeza dan kadang-kala anggota IS menjual gadis itu kembali kepada keluarga mereka dengan harga ribuan dolar AS sebagai tebusan,” ujar Zainab. – Agensi/Mynewshub/HAA

Post a Comment