"ORANG BODOH MANALAH YANG AMBIL DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK?"

Ini adalah respon Suzyana Naim terhadap tindakan seorang lelaki yang memperlekehkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dilihat tidak mempunyai masa depan yang cerah. 

"Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Which idiot took that course anyway? Jenis SPM takde A?" 

Let me tell you all a story. 

Saya seorang pelajar Diploma jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kalau nak diceritakan kelebihan course ini, mungkin saya masih tidak layak lagi kerana saya baru semester keenam daripada lapan semester, berbaki dua semester lagi. 

Tetapi, apa yang saya boleh ceritakan serba sedikit berdasarkan pengalaman diri sendiri apabila mengambil course ini. 

Mula-mula semasa memilih course ini dulu, saya rasa memang tak ada halatuju. Rasa macam, 

"Eh, kenapa aku ambik yang ini? Macam tak ada course lain," 

That time rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan semua ambil course yang besar-besar seperti akaun (saya course akaun semasa berada di tingkatan 4 dan 5), ekonomi, medic, engineering semua. Kadang-kadang rasa menyesal ambil course ini. Orang sekeliling pun selalu pandang rendah bila mereka dapat tahu saya ambil course ini. 

Mereka pun selalu tanya, 

"Kenapa ambil course tu? Minat budak ke? Nak jadi cikgu tadika ke?" 

Di sini saya nak beritahu kepada semua, memang dulu saya menyesal tetapi sekarang saya bangga kerana semakin banyak ilmu yang saya dapat, semakin kagum dengan para guru dan ibu bapa. 

Childhood Education juga telah mengubah hidup saya daripada tidak suka budak (sebab saya tak ada adik), tak boleh tolerate dengan budak sehinggalah saya rasa sayang sangat dengan budak dan boleh cakap dan handle perangai budak dengan sabar. 

Untuk pengetahuan semua, skop untuk Childhood Education juga bukan hanya setakat menjadi cikgu tadika. For your information, kami di sini belajar tentang semua benda. Daripada bayi di dalam rahim sehinggalah ke alam remaja. Daripada ilmu parenting sehinggalah ke medic diteruskan dengan perubatan untuk orang-orang kurang upaya. 

Tidak lupa juga, kami juga pelajari tentang perniagaan. Kami ada peluang pekerjaan yang luas bukan sekadar cikgu tadika tetapi penasihat kekeluargaan, pakar kaunseling, trainer fisioterapi, boss di tadika sendiri dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak, penyakit kanak-kanak dan psikologi sebab Childhood Education adalah tiket permulaan untuk ke bidang psikologi. Jadi, janganlah pandang cikgu tadika ini tak ada mata. 

Janganlah berbangga kalau awak ambil course-course yang hebat sebab semuanya bermula daripada cikgu tadika. Dialah yang mengajar ABC 123 pada kita sehingga kita boleh berjaya sampai sekarang. 

Lelaki juga, janganlah memperlekehkan rakan-rakan lelaki anda yang mengambil Childhoeed Education kerana lelaki yang ambil course ini ada potensi menjadi bapa yang baik untuk anak-anak mereka kelak. 

Saya bukan nak mempromosikan course ini tetapi ini adalah based on my experience yang saya lihat daripada kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah lelaki saya sendiri. Bukanlah nak kata lelaki yang tak ambil course ini tak bagus, ada juga yang bagus. Tetapi sebab saya tengok sekarang, ramai sangat yang suka memperlekehkan golongan seperti ini termasuklah individu yang dalam gambar itu. Sedangkan kita tidak tahu, mungkin orang yang ambil course ini lebih bagus daripada anda walaupun kerja mereka biasa-biasa sahaja. Gaji mereka tak berkepuk macam anda, jadi usahlah terlalu sombong dengan apa yang anda ada sebab Allah boleh tarik balik semua itu bila-bila masa sahaja. 

Sekian tazkirah malam ini. Semoga orang yang suka memperlekehkan orang lain itu diberikan hidayah. Untuk pengetahuan semua, kalau tak silap, Malaysia sekarang dah buat syarat yang mana semua bakal-bakal ibu bapa perlu hadir ke kelas parenting kerana sudah banyak kes dera budak di zaman sekarang. 

Jadi, di sini anda akan nampak, pentingnya course Childhood Education di zaman ini. Terima kasih kerana sudi luang masa untuk membaca. - SUMBER

4 comments

Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak2 itu sebenarnya amat berguna untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya. Siapa yang kata bodoh tu sebenarnya dia lah yang paling bodoh.

Reply

Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak2 itu sebenarnya amat berguna untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya. Siapa yang kata bodoh tu sebenarnya dia lah yang paling bodoh.

Reply

ksian llaki itu....dia yg bdoh......

Reply

ksian llaki itu....dia yg bdoh......

Reply

Post a Comment