"AWAK TAK LAYAK JADI PA SAYA"

Saya ada perkara yang ingin dikongsikan. Tiada niat mahu mengaibkan diri ataupun orang lain. Tetapi boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada yang lain terutamanya golongan wanita yang sedang mencari kerja. 

Maghrib, jam 7.39 malam, saya menerima panggilan temuduga. Setiap kali ada panggilan temuduga, saya sangat teruja dan memberikan respon yang positif. 

Seorang lelaki muda berbangsa Cina, mencari Exclusive PA Cum Admin. Menurutnya, dia ada menerima resume saya tetapi tiada gambar disertakan. 

Pelik, selalunya bila saya hantar resume dalam format pdf, mustahil tiada gambar. Saya kemudian menawar diri untuk menghantar resume sekali lagi dan meminta alamat e-melnya. 

Saya sertakan salinan perbualan kami dan anda nilaikanlah sendiri. 




Saya mungkin lurus bendul dan tidak faham dengan niat dia kerana mungkin saya terlalu fokus mencari kerja. Saya juga menyangkakan soalan-soalan yang diajukan itu adalah soalan temuduga untuk jawatan PA. 

Mujur ada rakan yang menasihatkan saya agar tidak terperangkap dan cuba mendapatkan maklumat individu ini. Malangnya, saya gagal mendapat sebarang maklumat mengenai dirinya sampai ke sudah. Ekoran itu, saya terus menyekat nombornya. 

Saya bukanlah terlalu terdesak untuk mencari pekerjaan. Saya harap anda tidak salah faham dengan perkongsian ini. - Pengadu

Post a Comment