BULAN MERAH UNDANG PERBAHASAN AKHIR ZAMAN

Kemunculan bulan merah, yang muncul akibat kombinasi bulan penuh dan gerhana bulan, menimbulkan perbahasan berhubung ramalan akhir zaman.

Fenomena itu jarang-jarang berlaku itu. Kali terakhir ia muncul pada 1982 dan dijangka akan muncul semula pada 2033.

Bagi sesetengah pemimpin agama di seluruh dunia, tiada siapa yang akan sempat melihat fenomena itu berulang, lapor The Gurdian.

Penulis dan pengendali laman web ramalan masa depan Endtime Ministries di Texas Irvin Baxter memuat naik video di YouTube dengan spekulasi berkaitan.

“Sesetengah guru ramalan mengisytiharkan dengan tegas bahawa tetrad ini hanya tanda-tanda sesuatu akan berlaku, yang akan mengubah dunia buat selama-lamanya,” kata Baxter.

Beliau terkenal dengan pendekatan melihat fenomena alam melalui sudut pandang Injil.

Fenomena itu boleh dilihat daripada Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Afrika dan sebahagian tempat di Asia Barat dan timur Pasifik. SUMBER

Post a Comment