CERITA SEBENAR ANCAMAN PENGGANAS DI JALAN ALOR

KUALA LUMPUR - Tiga individu telah ditahan pihak polis susulan kononnya wujud ancaman pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang.

Mereka yang ditahan adalah seorang warga tempatan, Indonesia dan Syria.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan.

"Bukit Aman menghubungi pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Australia mengenai tahap keselamatan di lokasi tertentu yang dikaitkan dengan kemungkinan berlaku serangan pengganas," katanya memetik laporan dari Bernama.

Menurut beliau juga, masih terlalu awal untuk mengaitkan penahanan ketiga-tiga mereka dengan khabar angin ancaman tersebut sambil menambah Bukit Aman telah bekerjasama dengan pihak dari luar negara bagi mendapatkan maklumat sehingga tertangkapnya tiga suspek itu.

Semalam, kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia mengeluarkan nasihat kepada rakyatnya tentang serangan pengganas di lokasi tersebut.

Noor Rashid juga menegaskan situasi dalam keadaan terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang akan keselamatan mereka.

"Saya telah mengarahkan anggota saya bertugas di lokasi berkenaan dan memantau sekiranya ada aktiviti mencurigakan," tambah beliau. - SUMBER

Post a Comment