GARA-GARA SATU KOMEN DARI SITI NURHALIZA, INSTAGRAM RONALDO DIHUJANI NETIZEN DARI MALAYSIA


PETALING JAYA: Hanya kerana satu komen yang ditinggalkan oleh Datuk Siti Nurhaliza di dalam satu gambar di Instagram Christiano Ronaldo, instagram bintang bola sepak Real Madrid itu dihujani netizens dari Malaysia.

Datuk Siti menulis "safe flight dear" di satu gambar pemain itu di dalam sebuah kereta sebelum menaiki pesawat ke satu destinasi.
Kerana komen itu, netizen dari Malaysia mula melihat satu persatu komen di gambar itu kerana mahu menyaksikan sendiri apa yang ditulis oleh Datuk Siti.

"@zulidzham1908 jenuh la nk cari komen ct haha", tulis fshajml59.

"Terjebak gak mncari comment @ctdk ...hahaha", kata eyza_jimat.

sitikhodijahpakwanteh pula menulis : "Hahahaa....tgok da terjebak jugak,dsebabkn baca satu entri mngenai kak iti @ctdk komen "safe flight dear" kt instagram @cristiano gigih scroll comment ni...tudiaaa ramai nya org malaysia yg dok gigih cari jgak����������selamat mencari".

Selain itu ada juga yang mengcopy paste komen yang sama seperti komen Datuk Siti Nurhaliza.

Foto terbabit mendapat lebih dari 900,000 likes dan lebih 10,000 komen.

Bagi yang masih lagi mencari-cari komen dari Datuk Siti, kami ucapkan selamat berjaya!. SUMBER

Post a Comment