VIDEO IMAM MASJID NEGARA DITAMPAR KETIKA SOLAT JUMAAT

KUALA LUMPUR - Imam Masjid Negara mendakwa dirinya ditampar oleh seorang lelaki Arab ketika solat Jumaat.

Difahamkan, solat yang sedang di rakaat pertama itu, terpaksa dihentikan kerana tindakan lelaki Arab berkenaan.

Imam, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, yang baru sahaja selesai membacakan Al-Fatihah, didatangi lelaki itu menolak dan menamparnya seolah-olah mahu menjadi imam terus merampas alat pembesar suara dan mengatakan 'You Go Back!'
"Saya ingatkan dia sambung bacaan itu, saya tengok dia datang terus menampar pipi kanan saya sebelum dia ditahan oleh sekuriti," kata Imam Masjid Negara.

Ketika lelaki itu diheret keluar dari ruang solat utama, dia sempat menjerit sesuatu dalam perkara Arab yang berbunyi 'Malaysia Syaitan!'.


Tindakan lelaki itu mencetuskan kemarahan orang ramai. Bagaimanapun, polis trafik yang berada di lokasi kejadian berjaya mengawal keadaan.KREDIT

Post a Comment