KASIH IBU:IBU GOROLLA PELUK ANAK BIARPUN SUDAH SEMINGGU MATI

Gambar menyayat hati ini merakamkan seekor gorilla yang masih keliru kerana tidak dapat menerima hakikat anaknya sudah mati seminggu selepas dilahirkan.

Gorilla yang diberi nama Shira itu sudah beberapa hari dilihat mundar mandir di dalam sangkarnya di Frankfurt Zoo, Jerman.

Gorilla itu juga dilihat tidur bersama anaknya itu dan cuba mengejutkannya setiap pagi.

Pengarah Zoo tersebut, Manfred Niekisch berkata "Pada pagi Khamis lepas dia OK tetapi pada petang dia(anak gorilla) tiba-tiba mati tanpa sebarang tanda. Kami tak tahu sebabnya".

"Kejadian ini kerap berlaku pada gorilla. Ikatan antara ibu dan anak biasanya sangat rapat

"Shira memerlukan masa dan ruang untuk menerima kehilangannya", kata Niekisch.

Anak Shira mati secara mengejut seminggu selepas dilahirkan. - Siakapkeli.my

Post a Comment