"SAYA NAK JUMPA IMAM" - PENAMPAR IMAM NEGARA

KUALA LUMPUR: "Saya rasa bersalah, saya nak jumpa imam , Saya nak minta maaf. Boleh kamu panggil imam datang ke sini? Saya rasa sangat bersalah".

Itu kata-kata yang dikeluarkan oleh Shabir Ahmad Khan, 31, seorang warganegara India yang menampar imam Masjid Negara ketika solat jumaat sedang berlangsung dua minggu lepas.

Shabir yang berada di kandang tertuduh di Mahkamah Majistret di sini juga dilihat menepuk pipinya beberapa kali ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Dia menghadapi tiga pertuduhan; sengaja menyebabkan kecederaan fizikal kepada imam, mengganggu solat jumaat dan tinggal di Malaysia melepasi tarikh sah pas lawatan sosial.

Shabir yang bekerja sebagai pemandu peribadi, pada mulanya mengaku bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan namun pengakuannya tidak diterima selepas Majistret melihatnya dalam keadaan keliru.
Apabila Siti Radziah menanyakan tertuduh sama ada dia sedar dia berada di dalam mahkaman dan dituduh menyakiti imam, tertuduh hanya mengangguk dan berkata : "Sebab saya tampar imam".

Siti Radziah yang tidak berpuas hati dengan pengakuan tertuduh mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental selama sebulan. - SUMBER

Post a Comment