AIDIL DIPERINTAH BAYAR RM30,000 KEPADA RITA RUDAINI

SHAH ALAM - Permain pertahanan JDT, Aidil Zafuan diperintah membayar RM30,000 dari jumlah tuntutan sebenar RM300,000 sebagai mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mawardi Che Man, setelah berpuas hati plaintif layak membuat tuntutan berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini, lapor Sinar Harian.

"Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat, namun ia ditarik semula," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment