Aneh,Ular Betina di Missouri Boleh Bertelur Tanpa Meng-awan.

Seekor ular di Missouri telah bertelur dua kali dalam dua tahun terakhir - walaupun tidak mengawan dengan ular jantan sejak lapan tahun terakhir, demikian diwartakan oleh sciencerecorder.com.

Ular air dengan perut berwarna kuning ini merupakan contoh pertama dari jenis spesis yang boleh bertelur tanpa melakukan hubungan seksual.

Jeff Briggler, seorang herpetolog (pakar ular) dari jabatan pemuliharaan Missouri mengatakan kepada pejabat berita AP, walaupun jarang, parthogenesis (istilah ilmiah untuk lahirnya keturunan dari telur yang tidak disenyawakan oleh sperma pejantan) boleh berlaku pada beberapa serangga, ikan, amfibia, burung dan reptilia.

Contohnya adalah spesies ular buta Brahminy selalu melakukan pemb-iakan secara as-eks-ual; manakala spesies lain sentiasa memerlukan adanya ular jantan dan betina untuk bertelur.

Namun, para penyelidik masih menyiasat terjadinya parthenogenesis pada kira-kira 10 jenis ular.

Sementara itu, para penyelidik masih mengamati ular air Missouri kerana kebanyakan pengamatan tidak dilakukan di alam liar, namun di dalam kurungan yang membolehkan dilakukannya pemisahan antara jantan dan betina.

Kerana jumlah contohnya yang masih sedikit, parthogenesis yang terjadi pada ular air Missouri ini belum jelas berlaku sama ada merupakan reaksi sang ular terhadap virus atau jangkitan. Belum jelas juga apakah anak ular dari induk yang tidak disenyawakan juga boleh beranak-pinak lagi.

Belum ada jawapan pasti sama ada anak ular Missouri itu boleh beranak kerana anak ular yang ditetaskan selalu mati. Namun, seperti diwartakan oleh Quartz.com dua anak seterusnya yang berasal dari telur pada musim panas terakhir sekarang hidup sihat dan dipamerkan di Missouri Nature Center.

Ada kemungkinan ular Missouri ini tidak benar-benar melakukan keanehan dengan bertelur tanpa persenyawaan. Mungkin saja telur ular ini merupakan hasil persenyawaan oleh sperma yang tersimpan di dalam tubuhnya ketika dia masih berada di alam liar sekitar lapan tahun yang lalu. Namun, sperma biasanya mati dalam setahun, sehingga kes ini masih menjadi misteri bagi para saintis.

Post a Comment