GAMBAR:KANANK-KANAK 4 TAHUN TERPELOSOK DI ESKALATOR

China, 8 Okt - Seorang kanak-kanak empat tahun maut apabila terpelosok di sebuah eskalator di stesen keretapi di Chongqing, China hari ini.
Insiden berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan. Mangsa, kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dikatakan bermain berhampiran eskalator tersebut sebelum terpelosok diantara pemegang eskalator dan lantai, lapor portal berita China, NetEase.

Menurut laporan, pekerja stesen keretapi berkenaan dengan cepat bertindak dengan memberhentikan eskalator terbabit dan cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak malang itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital tempatan namun dia maut ketika dalam perjalanan.
Seorang paramedik memetik laporan laman web Sohu News berkata ketika kanak-kanak itu tiba di hospital, jantungnya sudah tidak lagi berdegup. - Siakapkeli.my

Post a Comment