JAMBATAN GANTUNG KACA RETAK,PENGUNJUNG LARI SELAMATKAN DIRI

Jambatan gantung yang diperbuat daripada kaca menjadi bualan ramai di laman sosial bulan lepas dikatakan telah mengalami keretakan semalam menyebabkan keadaan menjadi huru hara apabila pengunjung cuba melarikan diri kerana cemas.

Memetik laporan CNN, jambatan Yuntaishan yang terletak di Hunan, China ini mengalami keretakan pada laluan berbentuk U menyebabkan orang ramai panik kerana takut runtuh.
Menurut seorang pengunjung, ini adalah kali pertama dia datang untuk melihat dan mencuba jambatan yang menjadi bualan ramai itu namun ketika dia berada diatas jambatan tersebut, kelihatan orang ramai menjerit.

“Ketika menghampiri penghujung laluan, saya terdengar satu bunyi yang kuat. Saya mula resah dan panik, saya tunduk ke bawah dan melihat lapisan kaca di bawah jambatan pecah berkecai. Saya mula menjerit, ‘Ia benar-benar retak. Ia benar-benar retak!’. Kemudian saya berlari menolak orang-orang di depan kerana terkejut melihat kejadian tersebut,” – pengunjung.

Susulan kejadian tersebut, pihak berkuasa taman tersebut mengeluarkan satu kenyataan bagi mengesahkan kejadikan tersebut. 



“Bagi memastikan keselamatan para tetamu, laluan kaca itu ditutup serta-merta,” – pengurus taman. 

Bagaimanapun tiada sebaran keretakan teruk yang boleh menggugat keselamatan pengunjung kerana laluan jambatan gantung berkenaan dibina dengan tiga lapisan ‘tempered-glass’ yang ditempah khas. Kini jambatan berkenaan telah ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih.

Sebelum ini, dilaporkan kaca yang digunakan untuk membina jambatan tersebut adalah setebal 24 milimeter dan dikatakan 25 kali lebih kuat daripada jenis kaca lain.

Negara China juga dalam perancangan untuk membina satu lagi jambatan gantung kaca di Zhangjiajie Grand Canyon. Malah, jambatan itu akan menjadi jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia dengan kepanjangan lebih 43o meter dan 300 meter tinggi.

Post a Comment