MERANA 5 JAM ANGKARA PERIUK

India - Dek kerana kepala terperangkap di dalam periuk logam, seekor harimau bintang terpaksa sengsara masa lima jam tanpa makanan dan minuman.

Memetik laporan dari BBC, penduduk tempatan berkata haiwan malang itu muncul untuk mencari air dan makanan sebelum kepalanya tersekat di dalam periuk tersebut.

Setelah itu, haiwan terbabit yang berada dalam keadaan keliru dan takut merayau di sekitar kampung sambil penduduk tempatan mengambil peluang merakam gambar dan video.

Periuk itu kemudian berjaya dibuang dari kepala haiwan tersebut setelah peagwai-pegawai hidupan liar menggunakan gergaji untuk memotong besi logam itu. - Siakapkeli.my

Post a Comment