Wow, Kanada Menciptakan Lift Khusus Untuk Ke Luar Angkasa!



Syarikat teknologi asal Kanada, Toth Technology mendakwa bahawa dunia tidak lama lagi akanmempunyai sebuah elevator atau lift menuju luar angkasa. Wow!

Hal ini dapat segera terwujud setelah syarikat tersebut mendapatkan hak paten atas semuanya.Dalam patennya, Toth Technology menggambarkan sebuah lif setinggi 12 batu atau 20 kilometer.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Pengarah Toth Technology, Caroline Roberts,seperti yang dipetik CNBC, lif ini membolehkan perjalanan ke luar angkasa menjadi lebih murah,sekurang-kurangnya jimat hingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kos yang diperlukan NASA.

Teknologi ini disokong dengan sel yang mempunyai tekanan pneumatik, diisi oleh udara dan bahangas tertentu. Di dalamnya juga menggabungkan beberapa siri roda terbang yang bertindak sebagaipemampat. Alat ini boleh menyesuaikan tekanan di dalam setiap sel untuk menghasilkan sifat lunak.

Seorang angkasawan boleh naik terlebih dulu ke atas langit berkat bantuan lif elektrik setinggi 20kilometer ini. Dari atas menara lif sudah terdapat pesawat luar angkasa. Pelancaran angkasawan keluar angkasa boleh dilakukan di atas menara tersebut menuju orbit.

Dengan adanya lif ini, para angkasawan juga dimungkinkan untuk bolak balik ke luar angkasa denganmenjadikan menara ini sebagai landasan. Bahkan, pesawat luar angkasa boleh mengisi bahan bakaruntuk kemudian terbang kembali.

Post a Comment