GAMBAR:KEADAAN SEGITIGA BERMUDA JIKA LAUTAN KERING, LIHAT APA DI DALAMNYA..SUNGGUH MENGEJUTKAN!!!

Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.

Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.

Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya.

Bagaimana pula dengan persoalan mengenai lokasi yang disebut-sebut sebagai mahligai iblis laknatullah? Bagi para pembaca yang pernah membaca buku Berdialog Dengan Jin Islam tulisan Muhammad Isa Dawud, pastinya sedia maklum dengan pendedahan rahsia ghaib Segitiga Bermuda oleh jin yang ditemubual oleh penulis tersohor dunia itu. [muat turun disini] Apa yang dapat saya katakan disini hanyalah Allah SWT yang maha mengetahui.

Namun ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama berselisih pendapat mengenai Dajjal - antara pendapat yang diperdebatkan adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. 

Ulama yang berpegang kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa, merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. {1} Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}

Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang 'hanya perlu' untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang 'tidak pelu' untuk kita lihat. Wallahu A'lam Bishawab.













2 comments

"Selamat siang Bos 😃
Mohon maaf mengganggu bos ,

apa kabar nih bos kami dari Agen365
buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Silahkan di add contact kami ya bos :)

Line : agen365
WA : +85587781483
Wechat : agen365


terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

Reply

"Selamat siang Bos 😃
Mohon maaf mengganggu bos ,

apa kabar nih bos kami dari Agen365
buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Silahkan di add contact kami ya bos :)

Line : agen365
WA : +85587781483
Wechat : agen365


terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

Reply

Post a Comment