HOTEL TERTINGGI DAN TERBESAR DIDUNIA AKAN DIBINA DIMEKAH

Nampaknya di tanah suci Mekah akan dibina lagi sebuah bagunan bersaiz mega selepas sebuha hotel terbesar dan tertinggi di dunia akan di bina.

Bagunan hotel tersebut akan menyediakan sebanyak 10,000 bilik, 70 restoran, pusat beli-belah dan juga dilengkapi landasan pendaratan helikopter.

Projek tersebut yang diberi nama Abraj Kudai dijangkan akan menelan belanja AS$3.5 bilion (RM13 bilion) dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun di atas tanah seluas 291,000 meter persegi.

Hotel ini akan dibina dengan terdapat 10 menara dengan kubah utama yang dijangka yang terbesar dan tertinggi di dunia.

Hotel yang jaraknya 1.6 kilometer dari Masjidil Haram dikatakan mensasarkan golongan jemaah berkemampuan kerana hanya menyediakan penginapan empat bintang di 10 menara dan lima bintang di dua lagi menara.

Sebuah syarikat pembinaan, Areen Hospitality yang berpusat di London diberi kepercayaan untuk mereka bahagian dalamannya. - Siakapkeli.my

Post a Comment