INFO:ANEURSYM BUKAN BERPUNCA DARI KEKURANGAN TIDUR??

ISU viral di laman sosial Facebook berkaitan seorang wanita yang dikatakan koma ketika tidur kerana menghidap penyakit aneurysm telah mengundang penyebaran satu fakta yang salah mengenai penyakit itu.

Kenyataan yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp itu mengatakan penyakit brain aneurysm berpunca daripada kekurangan tidur.
Terpanggil bagi menjelaskan kebenaran, seorang pelajar jurusan perubatan tampil menerangkan pemahamannya mengenai penyakit aneurysm di laman sosialnya.

Pelajar yang menggunakan nama Dr. Wazir Aiman di laman makro Twitter memberitahu,aneurysm bukan berpunca daripada kekurangan tidur dan pengguna perlu hentikan penyebaran fakta yang salah itu.
Tambahnya, aneurysm adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada kondisi di mana saluran darah arteri itu lembut, sedangkan sepatutnya saluran arteri itu kenyal dan kuat.

Ianya boleh membawa kepada kematian sekiranya saluran arteri di otak itu membawa tekanan darah yang lebih tinggi menyebabkan ia pecah dan berlaku pendarahan di kepala, sekaligus boleh membawa maut kerana oksigen yang dibawa tidak sampai ke otak manusia.

Penyakit ini secara amnya dihidapi sejak kecil dan antara yang mendorong kepada aneurysmadalah trauma kepada kepala, stress, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi namun bukan kekurangan tidur. Wallahualam.

Post a Comment