PESANAN LELAKI INI KEPADA PENIAGA MELAYU

Azhari Hamid pada 15 Februari yang lalu meluahkan rasa kekecewaannya di laman Facebook akan sikap sesetengah peniaga melayu yang memberikan perkhidmatan sambil lewa.

Azhari masuk ke kedai jahit milik orang melayu dan ingin meminta pekerja kedai terbabit menjahitkan nama pada pakaiannya. Namun, respon yang diterima, tidak memuaskan hati.

"Encik kena letak dulu, lusa siap. Hari ini kami sibuk," kata salah seorang pekerja kedai tersebut.

Sedangkan wanita itu dan juga dua tiga orang pekerja lagi sedang membelek-belek telefon masing-masing. Tiada sesibuk seperti yang didakwa.

Azhari terpaksa mencari kedai yang lain bagi mendapatkan khidmat yang hanya memerlukan masa yang singkat itu. 

"Masuk ke kedai yang serupa tetapi Cina punya. Minta buat benda yang sama, terus terima dan minta aku tunggu 15 minit atau datang setengah jam kemudian. Walhal aku tengok dia seorang je dan sedang sibuk menjahit ketika itu," katanya.

Berdasarkan dua situasi itu, Azhari membuat teguran yang mana orang Melayu jangan sesekali merungut jika ramai peniaga melayu tidak beberapa menjadi 'kaya' kalau dalam soal berniaga.
Kenyataan Azhari itu turut disokong oleh rakannya, Radzali Ghani yang berpendapat peniaga Melayu perlu banyak belajar mengenai perniagaan jika mahu maju, selain dari mendapat 114 likes di laman Facebook.

Post a Comment