6 BATANG GIGI DI CABUT KEKASIH KETIKA "BERSAMA"


NEW ZEALAND - Seorang lelaki didakwa menggunakan pemutar skru untuk mencabut enam batang gigi milik pasangannya ketika sedang berset-ubuh atas alasan tidak menyukai wanita yang tidak bergigi.

Philip Lyle Hansen, 56, tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan mendakwa dia mahu membantu mencabut gigi bongsu wanita malang terbabit.

Hansen dihadapkan ke mahkamah atas 11 pertuduhan antara 1988 hingga 2011 kerana berniat mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam perbicaraan itu, bekas teman wanitanya menjelaskan dia tidak pernah sesekali bersetuju giginya dicabut oleh lelaki itu. Tetapi terlalu takut untuk membuat laporan polis.

Pendakwaraya, Sally Carter berhujah mendakwa Hansen berbuat demikian kerana ingin memenuhi kehendak s-eks fantasinya dengan wanita yang tidak mempunyai gigi.

Hansen didakwa menolak mangsa ke pintu kereta sebelum mencabut enam giginya dan kemudian menggunakan minyak untuk menyekat pendarahan ketika mereka 'bersama'.

“Dia mempunyai pemutar skru di tangannya dan kemudian dia memegang kepala saya sebelum mula mengorek gigi saya termasuk gigi bongsu saya,” kata mangsa.

Bagaimanapun peguam bela Hansen menafikannya dan menyatakan bahawa Hansen mencabut gigi wanita itu selepas diminta berbuat demikian.thehypemedia.com

Post a Comment