PADAH AMBIL KESEMPATAN KE ATAS ANAK DARA ORANG

Melaka: “Saya sudah usik amoi. Sudah kena tangkap.” Demikian ayat pada kad yang digantung pada leher seorang lelaki selepas dia didakwa menc4-buI keh0rmatan seorang pekerja premis perniagaan di Dataran Pahlawan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.10 petang itu, lelaki berusia 20 tahun itu dipaksa mengelilingi kawasan itu sebagai ‘hukuman’ selepas dia ditahan orang ramai.Difahamkan, mangsa berusia 18 tahun berseorangan menjaga premis perniagaan di pusat beli-belah terkemuka itu sebelum didatangi suspek yang menyamar pelanggan.

Menurut sumber, lelaki itu berpura-pura melihat baju Melayu yang dijual sebelum memeluk, mencium pipi dan bibir mangsa.

“Lelaki terbabit melarikan diri selepas menc4buI mangsa,” katanya di sini, semalam.Menurutnya, mangsa bagaimanapun dapat memegang kaki lelaki terbabit dan menjerit meminta tolong sebelum diseret hingga ke luar kedai.

Sumber berkata, orang ramai yang menyedari kejadian segera membantu memberkas lelaki itu sebelum menghubungi polis.“Orang ramai turut ‘menghukum’ lelaki itu dengan menggantung kad tertera kesalahan dilakukan dan diarah berjalan di sekitar pusat beli-belah itu.

“Lelaki terbabit diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah sejurus kemudian.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menc4buI,” katanya ketika dihubungi.Kredit

Post a Comment