PEMILIK TAMPIL BUAT LAPORAN,NAFI HINA ORANG SARAWAK

Susulan dari kes 'peniaga online menghina orang Sarawak' menjadi viral di media sosial, pemilik butik online, Liza Online Shoppe, tampil menafikan dakwaan itu dengan membuat laporan polis.

Berikut salinan laporan polis yang dikongsikan dengan kami:

"Pada 28/4/2015 (Selasa) jam lebih kurang 12.30 tengah hari semasa saya berada di pejabat alamat Aras 2, EON Head Office Complex, No 2 Persiaran Kerjaya Taman Perindustrian Glenmarie Seksyen U1, 40150 Shah Alam telah membuka akaun Instagram milik saya atas nama Lizaonlineshoppe, dimana akaun tersebut sudah lama tidak aktif.

"Saya kemudian lihat terdapat banyak komen negatif mengatakan saya mengutuk orang Sarawak sedangkan saya tidak tahu mengenai perkara tersebut.

"Apabila diselidik, ada seseorang juga telah membuka akaun menggunakan nama yang hampir sama iaitu Liza's Online Shop. 

"Aplikasi WhatsApp saya juga telah mendapat banyak mesej berbentuk makian dan cacian dari orang ramai. Saya juga telah mendapat tahu sebuah page Facebook iaitu Kamek Miak Sarawak telah menjadikan perkara tersebut viral hingga menyebabkan nama dan privasi hidup saya terganggu.

"Dan akaun Instagram ada tertera no hp saya, mereka telah salah faham dan telah WhatsApp saya tanpa henti sehingga kini. Saya juga dapati akaun FB milik saya juga telah dijumpai oleh mereka. 

"Sekarang mereka sedang memviralkan akaun FB milik saya. Sehingga kini saya tidak berhenti menerima WhatsApp dari orang yang tidak dikenali dan juga panggilan telefon," katanya laporan polis yang dibuat semalam.

Kami dari pihak My Media Hub / The Hype Media memohon maaf kepada peniaga terbabit seperti yang dipinta. Namun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di mana didakwa mengiakan peniaga terbabit melakukan perkara itu kerana di dalam kandungan berita sebelum ini ada diselitkan sekali kenyataan penafian pihak terbabit.Sumber

Post a Comment