TUN.MAHATHIR TIDAK KESEORANGAN DALAM NYATAKAN KEBENARAN-TAN SRI MUHYIDDIN YASIN

Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata berpendiran tegas dan menyatakan kebenaran adalah sikap bekas perdana menteri itu, khususnya apabila beliau bercakap menentang kuasa besar barat dalam memerangi peperangan.

"Menyatakan kebenaran dan berpendirian tegas... ini adalah sikap beliau sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

"Kamu tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin sewaktu memulakan ucapannya dalam satu forum anti peperangan di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir turut hadir dalam majlis itu dan duduk bersebelahan dengan timbalan perdana menteri.
Ketika bercakap dalam konteks peperangan, kenyataan Muhyiddin itu boleh dilihat merujuk keluhan Mahathir baru-baru ini bahawa beliau bersendirian dalam mendapatkan jawapan Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.

Mahathir, yang mahu Najib berundur, juga telah berkata bahawa Muhyiddin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan perdana menteri kini.Sumber(Malaysiakini)

Post a Comment