UPDATE:"BUKAN ROSMAH YANG BERI PIL"-DATUK LEE CHONG WEI..

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberinya pil tambahan Cordyceps yang dicemari dengan bahan terlarang, dexamethasone. 

Tiga anggota panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata dalam satu kenyataan bahawa, “Pada sekitar tahun 2005, atlet berkawan dengan isteri seorang yang sangat berpengaruh di Malaysia. Pada sekitar 2007 atau 2008, wanita ini memberikan Cordyceps tulen miliknya”.

Dipercayai bahawa wanita berkenaan adalah isteri kepada seorang pemimpin MCA yang telah bersara. Wanita itu telah membeli Cordyceps dalam bentuk mentah, diproses dan diletakkan di kedai yang sama di Kuala Lumpur. Beliau kemudian mula menghantar kapsul itu kepada Lee Chong Wei secara tetap sebagai hadiah. Pil Tambahan Cordyceps Lee Chong Wei Bukan Dari Rosmah. 

“Orang yang memberikan kapsul tambahan tradisional China ini merupakan rakan baik dan rapat dengan saya. Dia bermaksud baik. Saya tidak boleh mendedahkan namanya. “Saya boleh mengesahkan bahawa dia bukan Datin Seri Rosmah. (penaung Persatuan Badminton Malaysia),” kata Chong Wei. Pil Tambahan Cordyceps Lee Chong Wei Bukan Dari Rosmah. 

Chong Wei telah digantung selama lapan bulan selepas kapsul cordyceps itu dicemari dengan bahan dexamethasone yang diharamkan. Disebabkan oleh “kecuaian ringan”, panel mengira tarikh penggantungan Chong Wei bermula 30 Ogos 2014 dan boleh kembali beraksi bermula 1 Mei. Pil Tambahan Cordyceps Lee Chong Wei Bukan Dari Rosmah. 

Dalam masa beberapa hari lagi penggantungan Datuk Lee Chong Wei akan berakhir dan beliau seterusnya boleh menggalas balik tugas selaku pemain perseorangan utama negara kita Malaysia. Lee Chong Wei adalah pembakar semangat pemain-pemain yang lain. Dengan kemunculan semula Datuk Lee Chong Wei ini diharapkan pemain lain akan lebih bersemangat lagi untuk memajukan badminton Malaysia. Pil Tambahan Cordyceps Lee Chong Wei Bukan Dari Rosmah.

Post a Comment