10 GAMBAR KERETA YANG PALING TERMAHAL DI DUNIA!!!!!!!

Harga bukan menjadi satu masalah buat ramai jutawan kerana apa yang penting bagi mereka adalah memiliki kereta paling eksotik dalam koleksi mereka.

Apa yang anda akan terbayangkan jika kereta tersebut berada dalam kategori kereta 'supercar' atau 'hypercar'? Pastinya kemewahan, kelajuan dan semestinya pada harganya yang amat mahal.

Berikut merupakan 10 jenis 'supercar' dan 'hypercar' paling mahal di dunia!

Zenvo ST1
Harga: RM4.39 juta
Kereta buatan Denmark ini hanya dihasilkan sebanyak 15 unit sahaja. Ia mampu mencapai kelajuan maksima pada 375km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 2.9 saat sahaja. Apa yang membuatkan kereta ini sangat eksklusif adalah setiap pembeli akan mendapat khidmat servis di mana-mana sahaja berada. Bermakna mereka akan menerbangkan pakar ke serata dunia di mana pembeli berada untuk memastikan kereta pembeli sentiasa berada dalam keadaan baik.

Maybach Landaulet
Harga: RM4.94 juta
Kereta ini adalah kereta sedan paling termahal di dunia yang berada dalam pasaran dan ia boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 5.2 saat. Kereta sedan ini mempunyai pelbagai fungsi mewah antaranya kerusi urut di belakang dan banyak lagi. Kereta mewah ini sangat sesuai untuk golongan Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai pemandu peribadi.

Lamborghini Reventon
Harga: RM5.73 juta
Sebuah lagi kereta Lamborghini yang tersenarai dalam kereta termahal adalah Lamborghini Reventon. Apa yang membuatkan kereta ini mahal adalah ia edisi terhad iaitu hanya 20 unit sahaja dihasilkan. Reventon mampu mencapai kelajuan maksima pada 339km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100 dalam masa 3.3 saat.

Koenigsegg Agera R
Harga: RM5.73 jut
Ya, kereta ini memang sudah untuk disebut kerana boleh membuatkan anda lidah anda terbelit. Unit dan eksotik. Itulah yang boleh dikatakan mengenai Agera R ini. Ia mampu mencapai kelajuan maksima pada 418km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100 dalam masa 2.8 saat. Namun kelajuan kereta ini telah dihadkan kepada 378km/jam secara elektronik. Jika anda mahu pada kelajuan 418km/jam, anda perlu menandatangi dokumen pengecualian.

Aston Martin One-77
Harga: RM6.63 juta
Kereta yang popular dengan filem perisik terkenal dunia "James Bond" ini salah sebuah kereta mewah dan ia hanya dihasilkan sebanyak 77 unit sahaja. Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksima pada 354km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 3.4 saat.

Pagani Zonda Cinque Roadster
Harga: RM6.63 juta
Sekali pandang pastinya akan membuat sesiapa sahaja terpukau dengan kecantikan kereta dan juga merupakan antara kereta paling eksotik di dunia. Setanding dengan reka bentuknya yang menawan, Pagani Zonda Cinque Roadster ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 349km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 3.4 saat.

Bugatti Veyron Super Sports
Harga: RM8.6 juta
Sebelum ini Buggati Veyron Super Sports merupakan antara kereta paling termahal di dunia iaitu berharga RM8.6 juta. Ia mampu mencapai kelajuan maksima pada 430km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 2.5 saat. Walaupun tidak lagi memegang takhta kereta termahal di dunia, namun baru-baru ini mereka telah mengumumkan tidak akan menghasilkan lagi kereta ini dan pastinya harga kereta ini akan naik pada masa hadapan.

Lykan Hypersport
Harga: RM12.18 juta
Orang Arab sememangnya terkenal dengan kereta-kereta mewah, jadi demi cinta terhadap kereta mewah ini sebuah syarikat di Dubai, W Motors telah menghasilkan kereta 'hypercar' yang dipanggil Lykan Hypersport. Dijana dengan 6 twin-turbo enjin yang mana menghasilkan sebanyak 750 kuasa kuda, Lykan Hypersport mampu memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 2.8 saat dan boleh mencapai kelajuan maksima pada 394km/jam. Bagaimanapun, tidak semua orang boleh membelinya kerana kereta ini hanya dibina sebanyak tujuh buah sahaja.

Lamborghini Veneno
Harga: RM16.12 juta
Satu dunia sudah mengetahui mengenai Lamborghini kerana mereka sangat terkenal dengan kereta-kereta keluaran mereka yang berharga jutaan ringgit. Terbaru, mereka muncul dengan model terbaru iaitu Lamborghini Veneno yang berharga sekitar RM16.12 juta. Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 355km/jam dan boleh memecut 0 ke 100km/jam dalam masa 2.8 saat. Apa yang membuat kereta ini tersenarai dalam kereta eksotik adalah hanya tiga buah sahaja akan dihasilkan setiap tahun.

Maybach Exelero
Harga: RM28.65 juta
Maybach adalah syarikat pengeluar kereta buatan German yang menghasilkan kereta-kereta mewah dan kereta termahal yang pernah mereka hasilkan adalah Maybach Exelero iaitu kereta konsep. Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 351km/jam dan boleh memecut 0 ke 100km/jam dalam masa 4.4 saat. Maybach Exelero hanya dihasilkan sebuah sahaja, jadi tidak hairanlah harga kereta ini sangat mahal iaitu sekitar RM28.65 juta.sumber

Post a Comment