3 ANGGOTA POLIS TERLIBAT R0-G0L DAN PERSETU-BUHAN LUAR TABll AKHIRNYA TERIMA BALASAN

Butterworth: Tiga anggota polis dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah mer0-g0l dan melakukan persetubuhan luar tabll terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah (prima facie) terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu Nik Sin , 36, Remy , 28, dan Syahiran , 24.Ketiga-tiga mereka bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setiap seorang apabila hukuman itu berjalan serentak.

Ketika menjatuhkan hukuman, Meor Sulaiman berkata, sebagai penjawat awam, ketiga-tiga tertuduh sepatutnya memastikan keselamatan orang ramai, tetapi mereka menyalah guna kuasa dan mengambil kesempatan mer0-g0l  wanita itu.Beliau berkata, kesalahan itu tidak boleh diterima dan mereka perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga anggota polis terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai, antara jam 6.40 hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili RSN Rayer.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Pejabat Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Razali Che Ani.Pada prosiding itu, Abdul Roni memohon hukuman penjara itu ditangguhkan atas sebab-sebab dua tertuduh, Remmy dan Nik Sin mempunyai anak kecil berusia setahun dan dua tahun manakala Shahiran pula menjaga ibu bapa yang uzur.Bagaimanapun, Razali membantah permohonan itu kerana perkara berkenaan bukan alasan bagi mereka untuk menangguhkan hukuman.sumber

Post a Comment