5 GAMBAR:AGENDA JAHAT"MEREKA",BABI DIKACUK HINGGA MENYERUPAI BIRI-BIRI

DALAM peredaran zaman yang serba canggih dan moden ini, ada sahaja perkara pelik dan langsung tidak tercapai dek akal muncul.

Misalnya babi yang dikacuk hingga menyerupai biri-biri.

Babi aneh berasal dari Hungary yang dicipta sekitar tahun 1830 ini dikatakan hasil daripada tiga baka babi iaitu spesis Sumadija, Bakony dan Szalonta yang dibiakkan bersama-sama untuk menjadi spesis babi yang diberi nama Mangalitsa.

Daripada bentuk fizikalnya, babi Mangalitsa didakwa mempunyai bulu yang benar-benar menyerupai kambing biri-biri hingga tidak mampu dibezakan dengan mata kasar.



Babi ini turut dikenali sebagai ‘babi lemak’ kerana mempunyai 70 peratus kandungan lemak pada badannya.

Tapi bila sebut pasal babi, seluruh dunia maklum betapa sensitif haiwan ini buat umat Islam kerana ia dilarang disentuh apatah lagi dimakan begitu juga dijadikan pakaian, makanan dan kegunaan lain.

Maka bila muncul isu kewujudan ‘babiri’ sedikit sebanyak tercetus kebimbangan dan kerisauan umat Islam.

Tambahan pula, ada yang mendakwa rupa daging babi Mangalitsa ini turut menyerupai daging biri-biri.

Bayangkan, jika daging ini menjadi santapan umat Islam yang tidak menyedarinya.

Perlu diingat, sentiasa ada pihak tertentu suka menyesatkan dan mempersendakan kesucian Islam.

Sebagai umat Islam, sebaiknya kita berhati-hati agar tidak menjadi mangsa termakan atau terpakai barangan yang bersumber daripada babi Mangalitsa ini. – MYNEWSHUB

Post a Comment