AMIR BENGANG DI UMPAN JADI PENGACARA UNTUK JOIN MLM!!

Peserta Raja Lawak, Amir bengang setelah diperdayakan oleh individu yang kononnya mahu menawarkannya menjadi pengacara tetapi akhirnya dia diumpan menyertai skim jualan langsung atau MLM sebuah produk kecantikan.

Menurut Amir, dia sedikit terkilan dengan perkara itu memandangkan dia cukup teruja untuk membincangkan projek pengacara tetapi malang setelah dia terpaksa mendengar penerangan peniagaan produk berkenaan.
"Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin.

"Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut." katanya memetik mStar online.

Menurutnya lagi, dia sudah mengagak ada sesuatu yang tidak kena setelah melihat beberapa keping fail dikeluarkan dari beg. Kemudiannya bersama-sama rakannya mula bercakap tentang peniagaan MLM. — Siakapkeli.my

Post a Comment