ANGKARA KAWAN, LELAKI BERGELUMANG NAJIS SELAMA 12 JAM!

RUSIA – Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila dia bergelumang dalam najisnya sendiri selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan dan terperangkap di situ selama 12 jam.
Andrey Golubov, 36, sedang menggunakan tandas yang reput di luar bangunan pangsapurinya apabila dengan tiba-tiba kayu yang dipijaknya patah.

Meskipun dia menjerit meminta bantuan kepada kawannya, Konstantin Polyakov, 30, yang turut menggunakan tandas yang sama, namun jeritan itu tidak dipedulikan selepas kawannya menyangka dia boleh keluar dengan sendiri.

Polyakov juga mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa dia tidak mengetahui nombor perkhidmatan kecemasan.

“Saya tidak mahu kencing di atas kepalanya lalu saya pergi ke tempat lain dan selepas itu saya masuk tidur.

“Ketika itu saya tidak mempunyai nombor untuk meminta bantuan dan saya jangkakan dia dapat keluar dengan sendiri,” katanya.

Hanya selepas kawan-kawan mereka datang ke rumah berkenaan, barulah Polyakov memberitahu bahawa Golubov terperangkap di dalam lubang tersebut.

Ketika diselamatkan, Golubov sedang terlentang dengan matanya terbuka. Kesiannn.MYNEWSHUB.CC

Post a Comment