Tetapi, pemilik kedai bunga ini telah mengubah hidupnya dengan idea yang tidak masuk akal itu apabila dia sendiri menubuhkan "Edible Arrangement" pada tahun 1999 dan kini idea tidak masuk akal beliau itu bernilai USD400 Juta (Rm1.4 Billion).
Tariq sebelum ini telah membentangkan idea itu kepada golongan profesional dan pelabur dengan menerangkan potensi idea berkenaan. Tahukah anda, idea yang membuatkan beliau bergelar billionair ini hanyalah gubahan buah-buahan menjadi bunga.
Menurut Tariq lagi, semasa membawa balik gubahannya yang dibentangkan itu, dia telah meletakkan diatas meja rumah dan ibunya melihat gubahan idea tersebut dengan berkata "gubahan ini bakal jadi sesuatu yang amat hebat" menjadikan ia cukup sebagai pembakar semangat untuk meneruskan idea ini selepas mendapat pandangan positif dari orang yang paling dipercayainya itu.
Dia mula terfikir, walaupun gagal meyakinkan pelabur yang dilihat memperlekehkan ideanya, Tariq telah menepis semua pandangan negatif tersebut dengan meneruskan ideanya.
Tariq Farid bukan sahaja memiliki "Edible Arrangement". Beliau juga merupakan pengasas perniagaan lain termasuk syarikat perisian NetSolace, yang menyediakan sistem IT untuk francais dan Presiden Tariq Farid Foundation.
"Anda tidak perlu takut untuk melangkah bertentangan arah dari apa yang dikatakan oleh orang lain jika di dalam hati anda, anda yakin anda berada dijalan yang betul," nasihat Tariq. - Siakapkeli.my
Post a Comment