Seorang pengguna Facebook, Hadi Lokel memuat naik perbualan WhatsApp dengan ibunya di kelab Kucing Ku Sayang (KKKS), 2 jam yang lalu.
Menurut ibu Hadi, jiran mereka membela seekor kucing berwarna kuning putih. Tetapi kucing itu sebenarnya terseksa dan kini kaki kanan bahagian depan terpaksa dipotong kerana dagingnya sudah membusuk dan berulat.
"Hari ni, mak dengan adik Scomi jadi doktor kucing. Lama dah mak tak tengok kucing kuning yang tak ada suara tu. Adik Scomi tunjuk kat mak, berderai air mata mak. Rasa tak sanggup nak tengok.
"Tangannya (kaki) hampir paras ketiak membusuk dan berulat. Terlalu kurus. Paras siku dah tinggal tulang, terkehel hampir putus.
"Adik ambil masuk ke dalam bilik air. Mak mandikan. Mesti rasa sakit. Tetapi dah tak ada suara.
"Kuning tu jenis manja. Mak mandikan, mak nekad gunting tulang yang terkehel paras sikut. Kuning mengigil kesejukan, sambil tu adik bagi makan. Lahap dia, mesti lapar. Minum pun agak gelojoh, mesti haus.
"Sambil tu mak tuang minyak gamat. Habis dua botol. Ulat?? Jangan cerita, memang banyak. Ulat yang besar, duduk dalam daging yang busuk, melekat. Adik beli Iodin, tak nak keluar juga. Jalan terakhir, adik siram petrol. Berpuluh-puluh ulat gemok-gemok berpusu-pusu keluar cari jalan.
"Mak dan adik bersilih ganti sepit masuk bekas. Rasanya lebih 40 ekor kot. Kuning meronta-ronta. Sakit agaknya. Tetapi mak dengan adik puas bagi ubat dan buang ulat.
"Nak tahu kenapa Kuning jadi sampai macam tu?
"Rupanya Kuning dikurung dengan keluarga Irfan. Petang lepas, nak malam dikurung. Kenapalah tergamak biarkan Kuning terseksa gitu. Mak menangis lagi.
"Tadi mak dengar Nurin kot panggil-panggil nak masuk sangkar. Ish.. kalau abang tengok, rasanya tak sanggup. Mak dah lepas, esok mak nak tengok lagi," kata ibunya yang mahu melihat perkembangan kucing itu keesokan hari.
Menurut adik Hadi, kucing malang itu diletakkan dalam sangkar di tepi rumah itu terpaksa dibiarkan dalam keadaan seperti itu kerana tuannya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menanggung kos rawatan kucing malang itu.
Ahli kelab KKS pula menyarankan agar Hadi melaporkan perkara itu terhadap Jabatan Veterinar. Bagaimanapun, hadi membuat keputusan membawa kucing malang itu ke klinik veterinar untuk dirawat terlebih dahulu.Sumber
Post a Comment