KERETA BERLANGGAR KERANA TERPESONA DENGAN CHE TA DI LONDON

SIAPA sangka.. ketika mendapatkan posisi terbaik untuk bergambar di Kota London, pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah menyebabkan satu kemalangan berlaku di sana.

Menurut Harian Metro, insiden berlaku ketika jurugambar sedang mendapatkan shot terbaik untuk pelakon siri Kiah Pekasam itu dan suaminya, Zain Saidin.
Pada satu ketika, si jurugambar ingin mengambil gambar Che Ta berada di atas tembok berdekatan Marble Arch.
Sumber:rozitachewan instagram
Lantas, Che Ta pun memanjat tembok tersebut walaupun ketika itu dia dikhabarkan sedang mengenakan kasut tumit tinggi lima inci.

Tindakan tersebut telah menarik perhatian ramai, apatah lagi melihat wanita seanggun Che Ta berposing depan kamera, kan?

Menurut sumber sama, ketika sedang bergambar itulah tiba-tiba mereka terdengar bunyi dentuman di tengah jalan raya. Rupa-rupanya, sebuah kereta telah melanggar kereta di hadapannya gara-gara si pemandu asyik melihat aksi Che Ta di atas tembok tersebut.

Tak sangka kan sampai macam tu sekali penangan Che Ta…MYNEWSHUB.CC

Post a Comment