KERETA MELUNCUR KE DALAM SUNGAI KETIKA SEDANG ASYIK BERAS-MARA

Rusia – Keghairahan sepasang kekasih yang asyik memadu as-mara dalam kereta berakhir dengan tragedi apabila wanita terbabit lemas selepas kenderaan itu meluncur ke dalam Sungai Kuban.

Kejadian berlaku ketika mereka berada dalam keadaan ma-buk dan terlupa menarik brek tangan.

Si lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan menendang tingkap kereta namun teman wanitanya yang berusia 35 tahun gagal diselamatkan.

Menurut polis, lelaki tersebut tidak dapat menyelamatkan kekasihnya memandangkan ketika itu dia sedang mabuk.

Polis menemui banyak botol minuman keras di tempat kejadian.– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment