KUMPULAN WANG AMANAH PENCEN SETUJU BELI TANAH DI TUN RAZAK EXCHANGE(TRX)

Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah bersetuju untuk membeli sebidang tanah dan juga bangunan yang akan menjadi ibu pejabat barunya di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga 15% lebih murah berbanding harga yang dibayar oleh Lembaga Tabung Haji kepada 1MDB, menurut satu laporan The Star Online.

Dalam laporan tersebut, The Star menulis perjanjian untuk pembelian itu sudah dimeterai diantara KWAP dan juga 1MDB yang bakal menyaksikan KWAP membayar antara RM 1 billion sehingga RM 1.2 billion untuk bangunan setinggi 40 tingkat dan tanah di Tun Razak Exchange.

Laporan itu juga menyebut KWAP akan membeli tanah itu dengan harga RM2,300 bagi setiap kaki persegi berbanding harga yang dibayar oleh Tabung Haji, RM2,774.

Sebelum ini, tindakan Tabung Haji membeli sebidang tanah seluas 1.5 ekar di Tun Razak Exchange telah menimbulkan persoalan dari pelbagai pihak yang mahukan jawapan segera dari Tabung Haji dan juga Kementerian Kewangan. - Siakapkeli.my

Post a Comment