LELAKI SOLAT TEPI LEBUHRAYA KEJUTKAN ORANG RAMAI DI MANCHESTER

Manchester – Pengguna lebuhraya di sebuah laluan yang sibuk di M60 berhampiran Ashton terkejut apabila mendapati seorang lelaki bersolat di tepi bahu jalan berkenaan.

Lelaki yang tidak dikenali itu yang turut menggunakan sejadah nyata mengejutkan pengguna lebuhraya hinggakan ada antara mereka membuat laporan polis.

Ia kemudiannya dilaporkan oleh polis menerusi tweet “Menerima laporan seorang lelaki sedang sembahyang di atas tikar di bahu jalan M60 J23 Ashton-u-Lyne”.

Tweet itu kemudiannya dikongsi sebanyak 120 kali.Bagaimanapun polis gagal mengesan lelaki itu.

“Usaha mengesannya dijalankan di sekitar kawasan tersebut dan setakat ini kita gagal menemuinya,” kata polis.– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment