"MAT MOTOR "BERTEMPUR,9 MAUT DAN 18 CEDERA

TEXAS - Sembilan orang terbunuh dan 18 orang dikejarkan ke hospital dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan motor-motor besar di acara merekrut ahli-ahli baru di sebuah restoran di pinggir bandar Texas.

Pergaduhan dikatakan berpunca dari perselisihan faham yang berlaku di tandas kemudian melarat ke bahagian bar sehingga ada yang mula bergaduh menggunakan rantai besi, pisau dan senjata api pada Ahad, semalam.

Pelanggan lain, termasuk kanak-kanak terpaksa merangkak di lantai mencari perlindungan semasa ratusan geng motor besar itu bertempur sesama sendiri.

Insiden itu juga turut berlaku sehingga ke kawasan parkir menyebabkan anggota SWAT terpaksa menembak mati seorang penunggang dan mengepung mereka yang lain. 

Setelah insiden itu berjaya dikawal, kelihatan beberapa mayat ditemui di tempat kejadian dan kereta dipenuhi dengan lubang peluru.

Walaupun kumpulan-kumpulan terbabit telah dikepung, polis masih memberikan amaran untuk berjaga-jaga kerana bimbang rakan sekutu kumpulan terbabit yang berada di sekitar datang mencetuskan lagi ketegangan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, program merekrut ahli-ahli baru itu dianjurkan oleh sebuah restoran yang melibatkan kumpulan Cossacks dan Bandidos berdasarkan pakaian jaket yang dipakai oleh ahli kumpulan terbabit.

Difahamkan, pihak berkuasa tempatan sebelum ini mahu memantau program yang dianjurkan oleh restoran terbabit. Namun ditolak oleh pengurusannya.

"Kami tahu akan timbul masalah pada pertemuan kedua-dua kumpulan ini. Kami sudah cuba campur tangan namun pihak pengurusan Twin Peaks enggan membenarkan.

"Kejadian itu dapat dielakkan jika kami dibenarkan memantau program mereka itu," katanya.

Bandidos Motorcycle Club dilabelkan sebagai ancaman jenayah oleh FBI. Kelab itu telah disenaraikan sebagai kelab haram yang keempat merbahaya kepada orang ramai.

Bandidos Motorcycle Club ditubuhkan pada 1966 oleh bekas tentera veteran Vietnam, Donald Chambers di San Leon, Texas. Kelab itu kemudian berkembang sehingga ke Jerman, Norway dan Australia.

Kelab Bandidos juga terlibat dalam jenayah pengedaran dadah ganja, kokain dan methamphetamine di sempadan Mexico.

Cossacks Motorcycle Club pula berasal dari Callahan County, Texas. Ditubuhkan pada 1969 dengan motto 'We take care of our own'. Kelab ini jauh lebih kecil dari Bandidos namun pernah mencetuskan konflik dengan pesaingnya yang lebih besar.KREDIT











Post a Comment