VIDEO CCTV PEKERJA MAUT DILANGGAR KERETA MYVI DI PUTRAJAYA..

PUTRAJAYA - Seorang pekerja Pullman maut dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi di Presint 5, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 9.33 pagi itu, mangsa, Affendi bin Aziz, 36, yang menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 maut dilanggar oleh pemandu Myvi, Noorazira binti Tajuddin, 30 di lampu isyarat simpat empat berdekatan Pullman di jalan Presint 5.

Difahamkan, pemandu kereta Myvi yang bekerja sebagai Juru-ukur Bahan itu dalam perjalanan menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah melanggar mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya, Pullman.
Mangsa yang bekerja sebagai Assistant Manager House Keeping itu, maut di tempat kejadian. Manakala pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.Kes itu kini disiasat oleh pihak polis.sumber

1 comments:

Either one beat the traffic or both....

Reply

Post a Comment