PENGALAMAN LELAKI YANG DITINDAS OLEH SYARIKAT BANGSA MELAYU SENDIRI

Gambar hiasan..

Company Cina vs Melayu vs India

Okay, aku rasa hampir semua orang pernah kerja makan gaji (hampir ye, bukan semua)

Aku pernah keja sendiri tapi takleh pergi.

Pengalaman aku kerja dengan tiga jenis bangsa. Aku maklumkan yang aku ni jenis workholic. Kalau kerja memang kerja kekadang sampai malam. Aku nak sharekan pengalaman kerja aku, bukan aku nak memperkecilkan atau menghina bangsa sendiri tapi korang nilaikan sendiri apa yang aku nak cerita. Mungkin korang ada pengalaman yang disebaliknya dengan aku. Tapi aku terpanggil untuk menceritakan selepas aku kena sound dengan member aku.

Company India
Aku kerja dengan company ini as fresh graduate. Masa interview tu, maybe sebab desprate nak kerja. Aku cakap dengan bos tu. Aku tak kisah kerja gaji berapa. Bawah RM1k pun aku sanggup sebab aku tak ada kerja (padahal baru habis belajar 2-3bulan je pun).

Tapi bos dia cakap,

"I'll not give u below than that, nanti you kerja tak senang hati, tak bagus."

So dia bagi aku gaji lebih dari itu dan by-performance. Dalam masa 2 tahun aku dekat 6 kali increment gaji naik. Sebab bila aku kerja. aku akan analisa kerja-kerja yang company buat dan cadangkan sistem yang lebih baik dari yang sedia ada. Jadi dari masa ke semasa memang setiap kali increment, increment aku paling tinggi.

Selepas tu, aku berhenti. Aku kerja dengan company melayu pula. (tapi nanti aku cerita)

Company Cina
Aku berhenti kerja dengan company melayu tu, aku join company cina pula. Disebabkan yang interview aku ni HR, jadi gaji aku kena bargain. Aku terima jumlah yang resonable. Kata HR tu, 'awak kerja dulu, mana tahu nanti masa confirm dia naikkan gaji awak.'

So aku kerja macam biasa aku kerja dan memang betul. Masa aku confirmation, boss aku naikkan gaji dekat 80% dari gaji asal. Sampai aku tergamam dan termenung dekat seminggu macam tak percaya. Itu belum kira yang lain-lain lagi. 

Malah kerja aku sama macam company India tu. Less-Supervision. Tak ada siapa yang monitor kerja aku. Tahu cukup masa siap, nak cuti ke tak ada masalah. Nak claim ke, tak ada banyak cerita, boss terus sign. Lebih kurang company India yang aku kerja sebelum ini. 

Company Melayu
Jadi berbalik kepada company melayu yang aku kerja.

Sudahlah director company melayu ini beria-ia suruh aku kerja dengan dia. Nama jawatan memang dahsyat, 'Branch Manager'. Gaji RM1.2k? Itu pun director tu nego gaji minta gaji lagi kurang. Dia kata 'nanti-nantilah saya naik sikit-sikit.' Niat aku nak tolong bangsa sendiri, aku kerja la.

Tahu macam mana aku berhenti?

Aku sms bagi cadangan structur branches yang aku jaga ni. Diorang kondem aku, dia kata aku memandai ubah structur company padahal dah terang-terang aku cakap aku bagi 'cadangan'. 

Dahlah kena kondem. dia suruh aku kerja lebih masa. Bila aku nak claim OT, alasannya, 'awak bukan buat kerja pun.'

** Tak dibayar OT langsung **??

Lepas tu masa selepas aku berhenti, company hold gaji aku dekat dua bulan. Aku mula-mula ingat company tu lupa. Tapi staff sana bagitau aku, memang bos sengaja hold gaji aku. Siap bagi amaran jangan angkat kalau aku call. (tak ada kerja aku nak call office pun) 

Perghh... Aku terpanggil untuk menaip debate ini sebab hari tu, aku kerja patut balik 5.30 petang tapi sebab kerja banyak di office, jadi dekat 2-3 minggu juga aku balik jam 11-12 tengah malam. Dia cakap "peehh kau, kayakan cina~"

Jadi fikir je la kerja dengan bangsa sendiri dipijak-pijak. 

Ini adalah pengalaman aku, mungkin korang berlainan dari aku. Dan ada 2-3 company melayu yang aku kerja pun lebih kurang perangai bos dia. Biasanya:

Anak bos biasanya berlagak macam dialah bos besar 
Bos tak boleh ditegur atau sindir walaupun salah sendiri 
Bila sales down, macam-macam alasan nak tarik gaji & OT staff 
Staff wajib kerja lebih masa. Biasanya dia akan bagi kerja at least korang kena kerja dalam 45 minit ke bawah. Sebab kalau tak cukup 1 jam tak boleh claim OT. 
Sentiasa akan cari salah staff 

Kalau ada yang tak boleh terima, aku minta maaf.....by Rizal Studio....sumber

Post a Comment