PERKEMBANGAN TERKINI 5 ANAK YATIM PIATU, IBU BAPA DIGILIS LORI 1 TAHUN LALU

Masihkah anda ingat kisah sepasang suami isteri yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2014 lalu di mana mereka telah meninggalkan lima orang anak.

Kemalangan yang berlaku itu menyebabkan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, maut di tempat kejadian.

Kisah ini telah menjadi viral di laman sosial tahun lepas tapi kisahnya tidaklah seheboh macam kemalangan yang melibatkan Myvi dan Pajero Sport di atas DUKE baru-baru ini.

Ramai telah tampil bertanyakan nasib lima orang anak yatim ini, dan kini kami SK telah menerima perkhabaran yang agak gembira mengenai kelima-lima orang anak-anak ini.

Kami menerima maklumat terbaru daripada seorang sukarelawan yang dikenali sebagai ERMA yang telah melawat anak-anak yatim ini pada 6 Mei 2015 lalu.

Menurut Erma, dia telah ke rumah ibu saudara anak-anak yatim ini yang hanya selang beberapa buah rumah dari rumah mereka di mana ibu saudara mereka tersebut telah menjaga dua orang anak-anak ini iaitu anak nombor 4 dan 5.

"Tiga lagi mereka berada dia srama iaitu abang sulung berada di Asrama SMK Petaling, anak perempuan nombor dua berada di Asrama SMK Sri Saujana dana ank ketiga berada di Asrama Sekolah Agama Nur Izzah di Bangi dan anak-anak yang 4 dan 5 bersekolah di Tadika Smart Reader Kids berhampiran rumah mereka."

"Dari segi kehidupan pula setakat ini mereka cukup berjimat cermat dan kalau dari segi makan nasi berlaukkan kicap, telur dan ikan masin adalah perkara biasa bagi mereka. Selepas menerima sumbangan daripada orang ramai sebelum ini rumah yang dulu agak daif sudah sedikit elok walaupun agak sempit."

" Pada mulanya di ceritakan oleh ibu saudaranya mereka agak sukar untuk berpisah tetapi demi masa depan dan pembelajaran mereka masing-masing akur untuk tinggal di asrama,"ceritanya.

Selain itu, mereka juga menerima Zakat dari Baitulmal MAIWP berjumlah RM 700 sebulan dan jumlah itu memang membuatkan mereka perlu berjimat.

Untuk sesiapa yang ingin melawat anak-anak ini bolehlah berbuat demikian di alamat 3-2-18 blok 3 jalan 17/164d flat taman desa cheras,cheras kuala lumpur. Sebelum pergi bolehla hubungi ibu saudara mereka yang dikenali sebagai Kak Inah di talian 0196065911.

Dan bagi sesiapa yang ingin membantu anak-anak ini dari segi kewangan bolehlah disumbangkan ke dalam akaun tabung haji mereka masing-masing.
 
 MUHAMMAD HAIKAL B.JEFRI-070101000698571

FATIN ADLINA BT JEFRI-010602000459975

MUHAMMAD AIDIL BIN JEFRI-070102000185630

NURSYAMIMI BT JEFRI-0106020004599987

NUR AUNI SYAFIA BT JEFRI-010602000459999

Apapun SK doakan anak-anak ini membesar dengan baik dan berjaya di masa hadapan. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Cik Erma atas maklumat dan keprihatinan beliau dalam membantu masyarakat seperti ini. -Siakapkeli.my

Post a Comment