RAKYAT MULA TAHU GST TAK BEBANKAN SESIAPA-HASAN MALEK

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek berkata rakyat di negara ini sudah mula sedar bahawa pelaksanaan Cukai GST terhadap barangan tertentu tidak membebankan.

Beliau berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan aduan berkaitan kenaikan harga barang dan penipuan yang berkaitan dengan GST semakin berkurangan.

“Saya lihat rekod kita menunjukkan aduan semakin menurun. Persepsi saya ialah rakyat sudah mula memahami bahawa GST ini sebenarnya bukan menyusahkan sesiapa,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau lagi, penerimaan rakyat terhadap GST jelas menunjukkan pelaksanaan cukai tersebut sebenarnya menguntungkan rakyat.

“GST ini menguntungkan rakyat,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, penilaian yang dibuat oleh KPDNKK menerusi pelbagai kemudahan termasuklah easy adu, e-aduan, mykira, melalui telefon atau pusat anti percatuan menunjukkan jumlah aduan yang menurun.

“Semua kemudahan yang kita sediakan itu, mencatatkan penurunan, kamu semua boleh semak statistik di pejabat KPDNKK,” katanya lagi Sumber- Siakapkeli.my

Post a Comment