TAUKE KEDAI EMAS, MAUT DISERANG DI KLUANG JOHOR

JOHOR BAHARU – Seorang pemilik kedai emas maut dipercayai akibat diserang seorang individu di hadapan premisnya di Jalan Datuk Kapten Ahmad, dekat pusat bandar Kluang, hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 pagi ketika mangsa yang berumur 40-an itu dikatakan baru hendak memulakan operasi perniagaan.

Mangsa dikatakan turut bertengkar dengan suspek sebelum rebah di hadapan kedai akibat ditikam dengan senjata tajam dan suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan sebuah kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang DSP Mohd Noor Mohamad ketika dihubungi berkata mangsa meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Beliau berkata polis kini sedang melakukan siasatan terperinci dari pelbagai sudut untuk mengenal pasti motif kejadian.Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.– BERNAMA

Post a Comment