TELUR BERDARAH SELEPAS PASANG BACAAN RUKYAH,PENIAGA GUNA PELARIS

Seorang pengguna Facebook, Rizu Nads, memuat naik beberapa gambar makanan yang dibelinya dari sebuah kedai yang didakwa mengeluarkan tompok-tompok kemerahan seperti darah setelah memasang bacaaan Rukyah di komputer beliau.
"MasyaAllah. Waktu beli makanan tadi dah tengok telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka bacaan Rukyah, telur berubah bertompok-tompok merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yang kotor dari memasuki badanku. Subhanallah. Maha suci Allah,"

Difahamkan, peniaga makanan terbabit didakwa telah mengguna pelaris bagi menarik pelanggan agar kembali semula membeli makanan di kedai mereka. 

Taktik kotor seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di negara ini berikutan sifat tamak, dengki dan ingin untung secara cepat si peniaga sehingga mengenepikan soal syirik dan haram.

Pengguna dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila membeli makanan di kedai atau restoran di luar. Sebaik-baiknya, rajinkan diri untuk memasak dan sudah tentunya kita yakin dengan masakan kita sendiri berbanding masakan di kedai kerana apa yang terjadi di sebalik kedai pun, kita tidak tahu.SUMBER

Post a Comment