"TERBERANAK" DI BALAI POLIS,POLIS JADI BIDAN TERJUN

TINDAKAN pantas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi bidan terjun kepada seorang wanita yang hendak bersalin di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh, Perak telah berjaya menyelamatkan dua nyawa, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.14 petang itu, wanita terbabit selamat melahirkan bayi perempuan dengan bantuan anggota polis wanita dari balai berkenaan.


Difahamkan, semasa kejadian wanita hamil itu sedang dalam perjalanan ke hospital sebelum memasuki kawasan balai polis apabila berasakan dia sudah tidak tahan hendak bersalin.

Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga PDRM yang sanggup menghulurkan bantuan kepada orang awam tanpa mengira tugas dan tanggungjawab.

Inilah yang dikatakan anggota polis serba boleh!MYNEWSHUB.CC

Post a Comment