UPDATE:JUAL SATRIA UNTUK BANTU 2 BERADIK YANG KEHILANGAN KELUARGA

INSIDEN kemalangan di Lebuhraya Duke benar-benar membuka mata ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Antara yang dibimbangkan adalah nasib dua beradik malang, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, selepas kematian kedua ibu bapa mereka, awal pagi Sabtu lalu.

Malah, terdapat seorang lelaki berhati mulia yang dikenali sebagai Lim Yusof, menawarkan untuk menjual kereta Proton Satria miliknya dan hasil jualan kereta itu akan disumbangkan kepada waris dua kanak-kanak tersebut untuk kelangsungan hidup mereka.
Dalam insiden itu, pemandu Pajero, Fairuz Nizam Husain, 35, isteri, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa maut selepas kenderaan mereka terbalik dan berpusing dipercayai akibat dilanggar kereta Myvi yang sedang berlumba di lebuhraya.

Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut dan menerusi laporan media elektronik, pihak berkuasa menjangkakan akan menyiapkan kertas siasatan kes terbabit Selasa ini.– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment