VIDEO :LELAKI BELASAH PENUNGGANG MOTOR SEHINGGA MATI

PIHAK polis dilaporkan sedang memburu identiti seorang pemuda yang menumbuk dan menendang seorang penunggang motosikal sehingga mati, berhampiran sebuah stesen kereta api di Prachin Buri, Bangkok, baru-baru ini.

Daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tindakan ganas lelaki itu hangat diperkatakan warga netizen selepas ia dimuat naik ke laman sosial Facebook.
Rakaman video berdurasi lebih daripada satu minit itu menunjukkan pemuda itu menyerang penunggang malang berusia 51 tahun itu selepas berlaku pertembungan di antara mereka sebelum pemuda itu bertindak ganas membelasah mangsa.

Mangsa yang cedera parah kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment